Sunday 20 September 2020

Kisah Adidas dan Puma Bergaduh!

 Kisah Adidas dan Puma Bergaduh!




Mungkin ramai yang tak tahu kisah pengasas 

Adidas - Adolf Dassler

Puma - Rudolf Dassler

.

Nama lebih kurang sama kan? Yes! Mereka merupakan adik beradik. Rudolf Abang, Adolf Adik.

.

Mereka dibesarkan dengan keluarga miskin di German. Ayah bekerja di kilang kasut dan ibu mereka menjalankan perkhidmatan laundry.

.

Keluarga mereka juga menjual “homemade slippers” untuk menyediakan makanan di atas meja.

.

Pada 1920an, dua adik beradik ini menubuhkan sebuah syarikat Dassler Brothers Sports Shoe di bandar kecil Herzogenaurach.

.

Adolf seorang pereka dan pembuat kasut yang sangat pantas.

.

Manakala Rudolf seorang penjual biasa.

.

Mereka berusaha untuk mempengaruhi Pelari Olympic Legend iaitu Jesse Owens untuk pakai kasut buatan mereka.

.

Pada 1936, Owens memenangi 4 pingat emas dalam olympic. Sejarah yang tercipta ini membuatkan kasut Dassler dikenali diseluruh dunia.

.

Walau bagaimanapun, kejayaan ini tidak seindah yang disangka kerana mereka berpecah. 

.

Ada yang cakap isu mereka melibatkan pencurian, ketidakadilan, atau kebencian.

.

Selepas perang dunia ke-2, mereka berpecah dan split kepada 2 syarikat yang beza.

.

Pada masa inilah tertubuhnya Adidas dan Puma.

.

Perpisahan ni bukan sahaja melibatkan 2 orang adik beradik, tapi melibatkan perpisahan penduduk di bandar mereka selama tempoh 60 tahun.

.

Kebanyakan penduduk di Herzogenaurach bekerja di antara kilang pemilik 2 orang adik beradik ini.

.

Yang peliknya, seseorang itu tidak dibenarkan bersosial bersama seseorang yang bekerja di syarikat milik pesaing mereka. Means, puak adidas boleh bergaul dengan puak adidas sahaja, sama juga dengan puma.

.

Bandar Herzogenaurach juga dikenali sebagai “The Town of Bent Neck” disebabkan mereka akan pandang kasut terlebih dahulu, sama ada mereka akan bagi sapa atau abaikan.

.

Haha, dahsyat pengaruh mereka!

.

Tak sampai disitu jer, mereka dua beradik ni tak henti-henti failkan sama each other tahun demi tahun atas sebab copyrights design, trademark dan sebagainya.

.

Pengakhirannya, pada 1970an, kedua adik beradik ini Adi & Rudi meninggal dunia.

.

In business terms, Adi menang. 

Adidas mempunyai 39,000 pekerja, dan Puma hanya 9,000.

.

Tetapi sifat persaingan yang digerakkan oleh Adi dan Rudi inilah yang telah memberikan semangat juang kepada kedua-dua syarikat itu.

.

Tapi perpisahan berakhir pada 21hb Sept 2009, selepas mereka mengadakan perlawanan persahabatan antara pekerja kilang Adidas dan Puma.

.

Dan Era Baru Dunia Kasut baru bermula.

.

Revenue 2019,

ADIDAS - 23.640 Billion EURO

PUMA - 5.5 Billion EURO

.

Sekiranya memberi inspirasi kepada anda sila SHARE untuk manfaat kita bersama. 🤗

KREDIT: CaptainAsh #Inspirasi #Adidas #Puma

No comments:

Post a Comment